Thursday, January 16, 2014

My Weeding Part 1

Assalam,

Pergh...punyerla lama baru nk update status balik...bersawang dah blog ni. Baru da kesempatan untuk bercerita psl maljlis perkahwinan yang telah brlangsung 7 bulan yg lepas...

Diriku telah selamat dinikahkan pada 31.5.2013 dengan suami tersayang hanya dengan sekali lafaz..Alhamdullilah. Setelah pelbagai dugaan yang kami lalui akhirnya kami telah di satukan di dalam 1 majlis yang ringkas di Masjid Taman Mewah. 

Pengalaman yang tidak akan dilupakan smp bile2.. disebabkan musim cuti sekolah dan esoknyer adalah cuti Agong so dekat taman kami tu sahaja ada 6 pasangan yang akan dinikahkan pada hari tersbut. Untuk memudahkan kerja tok kadi, semua pasangan dinikahkan serentak secara bergilir pada hari tersebut.. cuak kot..turn husband owang yang ke -5. Nervous nk tggu turn smp...satu demi 1 pasangan telah selamat dinikahkan hanya dengan sekali lafaz sahaja. Sampailah giliran incik suami..dengan tenang nyer incik suami melafazkan akad..Alahamdulillah telah selamat bergelar isteri kepada incik suami Sharuddin Bin Said...

Al-kesahnyer sebelum berlangsung nyer majlis pernikahan, incik suami boleh plak lmbt dtg..pdhal jam dah menunjukkan pkul 3.15 dah ni. Kelam kabut incik suami bersiap pakai sampin dengan hanya berselipar jer dtg..x sempat pakai kasut..sabo jela..pengantin paling sempoi hari tue. 

Selepas habis majlis pernikahan di masjid, sedara mara semua pulang ke rumah untuk menjamu selera manakala kami still stay di masjid untuk sesi photoshoot..besela..bile dah da 6 pasangan nk cari angle shoot mmg payah la...so tggu semua dah beransur baru la start sesi photoshoot...heheh..Incik suami yang mmg pemalu punyerla payah nk suh senyum...sabar jela..

Sesi temuramah ngn si videographer ..sib baik incik suami x segan nk bercerite mcm mana bermulanyer sesi perkenalan kami...

Baju Nikah on that day tempah kat Dwen Raha, cantek..puas hati...sebab jahitan kemas sgt..seperti yang diharapkan..so sape2 yg nk tempah ngn dwen leh la contact dwen yea..heheh...